Aspek Kajian Sastera

1. Sinopsis
    - Ringkasan tentang perkara-perkara dalam sesebuah cerita.
    - Melalui sinopsis, pembaca dapat melihat tema, persoalan, mesej, nilai, dan latar masyarakat 
                   dalam sesebuah nov.el.

2.  Tema dan Persoalan
     - Tema dan persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukan dalam sesebuah karya.
     - Persoalan pula ialah hal-hal yang diketengahkan dalam karya.

3.  Watak dan Perwatakan
      -  Watak ialah tokoh yang mendukung sesebuah cereka.
      -  Watak boleh terdiiri daripada manusia dan bukan manusia.
      -  Perwatakan ialah cara pengarang melukiskan watak.
      - Watak dan perwatakan dalam cereka dapat dihuraikan dengan melihat sifat-sifat luaran dan dalaman
         watak.
      -  Jenis-jenis watak adalah seperti berikut:
         a) Watak Dinamik - Berkembang dan berubah dari segi aksi, emosi, dan fikiran.
         b) Watak Bundar  - Mempunyai sifat yang kompleks dan berbeza daripada watak-watak lain.
         c)  Watak Statik   - Watak yang tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.

4.  Plot
     -  Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa dalam sesuatu cereka sebagaimana yang digambarkan oleh
        seseorang pengarang.

5.  Latar
     -  Latar bagi sesebuah cereka boleh dibahagikan kepada tiga iaitu latar tempat, latar masa dan latar
         masyarakat.
     - Latar tempat ialah tempat berlakunya peristiwa.
     - Latar masa ialah meliputi waktu kejadian itu berlaku dan jangka masa peristiwa itu terjadi serta 
       zamannya.
     - Latar masyarakat ialah perkara-perkara yang menyentuh tentang pekerjaan, kepercayaan, dan sikap

6.  Gaya Bahasa
     - Gaya bahasa ialah penggunaan bahasa yang digunakan oleh seseorang pengarang bagi memastikan
        keberhasilan karyanya.

7.  Nilai dan Pengajaran
     - Nilai ialah seseuatu kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.
     - Pengajaran ialah mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya dengan menimbulkan
       pelbagai bentuk perlakuan yang berkaitan dengan nilai, sama ada positif atau negatif untuk dijadikan
       pengajaran dan panduan kepada pembaca.